Monday, August 10, 2009

Peristiwa Penting Bulan Ramadhan!!!


Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia.

Firman Allah SWT:-

"Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur."
(Surah Al-Baqarah:185)

No comments: