Thursday, December 03, 2009

101 Kisah & Pengajaran Daripada al-Quran, al-Hadis & Hayatus Sahabah



Perkongsian buku pada kali ini ialah sebuah buku terbitan Telaga Biru. Buku ini diberi nama 101 Kisah & Pengajaran Daripada al-Quran, al-Hadis & Hayatus Sahabah.

Buku ini mengumpulkan 50 kisah dan pengajaran daripada al-Quran, Hadis dan kisah para nabi terdahulu seperti Nabi Yunus, Nabi Sulaiman, Nabi Isa, serta kisah para sahabat Rasulullah SAW.

Tulisan Ustaz Zahazan Mohamed, merupakan sebuah buku yang penuh ilustrari, yang membuatkan pembaca tidak lekang untuk menghabiskan bacaan sesebuah kisah yang dipaparkan.



Buku ini juga menyenaraikan pengajaran dari setiap kisah yang disampaikan. Bagi petikan ayat al-Quran disertakan surah dan nombor ayatnya begitu juga hadis disertakan perawinya. Ini menjadikan ia suatu cerita yang lebih berauntetik iaitu mempunyai kebenaran dan keaslian yang sebenar.

Buku ini boleh didapati di kedai buku berhampiran dengan harga RM31.90 sahaja.



Untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini, sila klik disini.

No comments: